Pergerakan Zaman Baru menyusup dalam program-program motivasi

Pergerakan Zaman Baru menyusup dalam program-program motivasi

ASMADI MOHAMED NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius penularan fahaman ‘Pergerakan Zaman Baru’ yang dilihat mula menyusup ke dalam masyarakat Islam khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mufti Pahang, Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, gerakan itu membawa unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama serta penyelewengan wahyu dan syariat.

“Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus-kursus pembangunan kendiri, seminar healing dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral tetapi sebenarnya membawa ajaran yang terpesong daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Umat Islam diingatkan berhati-hati terhadap mana-mana bentuk program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Asmadi berkata, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta turath ulama muktabar adalah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

Menurutnya, dalam isu tersebut, umat Islam disarankan merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan apa-apa kemusykilan termasuk melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri, spritual dan lain-lain yang berkaitan.

“Pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.

“Ia tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada Allah dengan penuh adab dan rasa kehambaan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN