PETALING JAYA: Seorang penuntut wanita cedera dikelar bekas teman lelakinya dalam kejadian di sebuah universiti swasta di Subang Jaya di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 6.30 petang. Katanya, seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun dikatakan mencederakan teman wanita berumur 20 tahun yang juga warga asing dengan menggunakan pisau. “Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan kelar di bahagian leher kiri. “Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah untuk rawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya