Pensyarah didakwa hisap syabu

Pensyarah didakwa hisap syabu

MOHD. Shahrizan Othman diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menghisap syabu. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pensyarah sebuah universiti awam di Melaka didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dadah berbahaya jenis sintetik dan syabu, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Shahrizan Othman, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis amphetamine dan methamphetamine yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 5.20 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Jun 2025.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan hendaklah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38B akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Muhammad Izzuddin merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya seorang pensyarah di sebuah universiti awam di Melaka dengan pendapatan sekitar RM7,000 sebulan namun tertuduh sedang direhatkan susulan kes mahkamah dihadapinya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dan menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN