PUTRAJAYA: Penjawat awam di seluruh negara diingatkan supaya tidak menyertai himpunan mega dianjurkan pihak pembangkang yang dijadualkan 26 Julai ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, penjawat awam perlu patuh dengan ikrar yang telah termaktub dalam Rukun Negara. “Mana boleh turun, mereka penjawat awam. Sebab setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar (Rukun Negara) itu. “(Salah satu prinsip Rukun Negara) Kesetiaan kepada raja dan negara, lupa…










