Pengganti Ketua Pemuda Pas perlu lantang, berani bersuara 

Pengganti Ketua Pemuda Pas perlu lantang, berani bersuara 

AFNAN  Hamimi Taib (kiri) dalam sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Individu  yang mengemudi Pemuda Pas perlu berjiwa muda dan memahami ‘bahasa’ generasi Z.

Ketua Pemuda Pas,  Afnan Hamimi Taib berkata, selain itu pemimpin berkenaan perlu mempunyai keberanian kerana ketika ini era yang  memerlukan kepada kepemimpinan yang lantang.

“Dalam hal ini perlu menyuarakan isu-isu dan membangkitkan suara anak muda serta menegur perkara tidak betul yang dibuat oleh kerajaan. Saya fikir anak muda perlu pemimpin seperti ini,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Kali Ke-66 di Bilik Mesyuarat, di Bangunan Syabab Point, di sini hari ini.   

Afnan Hamimi berkata, beliau menyerahkan kepada pihak perwakilan untuk melantik mana-mana pengganti sekiranya selepas ini beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Katanya, dalam kepimpinan Pas tidak diajar memburu jawatan.

“Jadi saya serahkan kepada perwakilan dan biar jemaah yang menentukan macam mana serta siapa yang layak. Duduk di mana pun,  saya akan berkhidmat dalam Pas dan tak ada masalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN