KANGAR: Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan pengecualian pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi beberapa peralatan tangkapan ikan khususnya melibatkan golongan nelayan B40. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, pertimbangan itu perlu dibuat berikutan peluasan cukai berkenaan dibimbangi akan mematahkan semangat golongan nelayan yang terbeban dengan kos tangkapan ikan selepas ini. Katanya, keadaan itu juga sekali gus dibimbangi memberi kesan khususnya kepada aspek rantaian bekalan ikan…










