PETALING JAYA: Pengalaman bekerja di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai sesi pembelajaran yang membentuk ketahanan, komitmen dan disiplin dalam menjalankan amanah. Mengimbau kenangan semasa berkhidmat, bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Dr. Mahathir menaruh kepercayaan tinggi kepada barisan Kabinet dan mahukan setiap tugasan dilaksanakan bersungguh-sungguh. Katanya, Dr. Mahathir bukan seorang yang ambil mudah terhadap tanggungjawab diberikan dan sangat mementingkan prestasi. “Beliau seorang…