Pencarian Ija Nizaruddin guna dron

Pencarian Ija Nizaruddin guna dron

OPERASI mencari Ija Nizaruddin yang hilang sejak petang Isnin diteruskan dengan menggunakan dron sejak semalam di sungai Kampung Tui di Bukit Kepong, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pencarian pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin yang hilang sejak Isnin lalu diteruskan dengan menggunakan dron sejak semalam di Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong, di sini.

Ketua Bomba Zon 4, Pegawai Kanan Bomba II Nor Shuhada Amsari berkata,  pihaknya, polis serta agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu memulakan pencarian hari ketiga hari ini pada pukul 8.30 pagi.

“Pencarian hari ini diteruskan dalam radius yang sama, iaitu 10 kilometer. Setakat ini arus deras di sungai tiada, tetapi ada pokok tumbang di aliran sungai yang menghalang laluan bot penyelamat untuk melakukan operasi pencarian.

“Selain pencarian menggunakan bot, pihak bomba turut menggerakkan aset udara, iaitu sebuah unit dron bagi mendapatkan gambaran yang lebih luas. Pasukan Polis Marin dari Panchor akan terus ke Bukit Kepong masuk ke sungai Kampung Tui melalui kuala sungai menyertai kami pada hari ketiga ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Shuhada berkata, hingga kini Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba melakukan selaman sejak semalam dan pihak polis turut membawa anjing pengesan dari Unit K9 dari Johor Bahru.

Sebelum ini media melaporkan kehilangan Ija Nizaruddin, 38, sejak Isnin dan penemuan sebuah kereta Perodua Axia berwarna di dalam Sungai Tui disahkan dipandu mangsa dari Johor Bahru. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN