Pembaikan tebing, runtuhan Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit siap Oktober

Pembaikan tebing, runtuhan Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit siap Oktober

ALEXANDER Nanta Linggi (tiga dari kiri) melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Membaiki Tebing Pantai Jalan Telipot-Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerja-kerja pembaikan runtuhan jalan dan tebing sepanjang 280 meter di laluan Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit ( Pantai)  di sini, dijangka siap Oktober ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek pembaikan sehingga bulan ini sudah mencapai 72.24 peratus.

Katanya, kemajuan fizikal projek itu berjalan lancar iaitu 18 hari lebih awal daripada jadual asal manakala kemajuan kewangan pula berada pada tahap RM3.03 juta daripada jumlah kos projek semasa sebanyak RM4.95juta.

“Ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelaksanaan kerja serta pengurusan kewangan,” katanya selepas turun padang meninjau perkembangan semasa kerja-kerja projek memperbaiki runtuhan jalan dan tebing akibat kejadian Monsun Timur Laut di laluan itu.

Beliau memberi jaminan semua kerja itu dijalankan secara teliti bagi memastikan ketahanan dan keselamatan jangka panjang infrastruktur tersebut.

Antara skop utama kerja yang dilaksanakan melibatkan pembersihan runtuhan, kerja-kerja geoteknikal, pembinaan dinding penahan, pemasangan sistem geotekstil, kerja-kerja tambakan pasir serta penstabilan struktur tanah. 

Beliau berharap penduduk sekitar bersabar menunggu kerja  pembaikan selesai tidak lama lagi.

Terdahulu , pada awal tahun ini, jalan pantai menghubungkan Batu Rakit/Mengabang Telipot di Kampung Tanjung, Batu Rakit, terputus akibat hakisan selepas dibadai ombak kuat.

Ekoran kejadian itu, pengguna perlu melalui jalan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu untuk ke kampung berkenaan atau bandar Kuala Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN