KUALA NERUS: Kerja-kerja pembaikan runtuhan jalan dan tebing sepanjang 280 meter di laluan Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit ( Pantai) di sini, dijangka siap Oktober ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek pembaikan sehingga bulan ini sudah mencapai 72.24 peratus. Katanya, kemajuan fizikal projek itu berjalan lancar iaitu 18 hari lebih awal daripada jadual asal manakala kemajuan kewangan pula berada pada tahap RM3.03 juta daripada jumlah kos…