Pemandu, tiga murid cedera van sekolah rempuh belakang lori muatan simen

Pemandu, tiga murid cedera van sekolah rempuh belakang lori muatan simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu van sekolah serta tiga murid cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang lori muatan simen dalam kejadian di susur keluar Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Sementara itu, 19 lagi murid yang turut menaiki van itu serta seorang pemandu lori treler berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Azizi Zakaria berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.10 petang tadi.

“Setiba di operasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah van sekolah yang telah tersepit di bahagian belakang lori treler membawa muatan simen.

“Pemandu van iaitu wanita berusia 45 tahun cedera akibat tersepit, manakala seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan turut cedera.

“Mangsa tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas, manakala mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Muhamad Azizi, 19 murid yang selamat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN