'Pelantikan Mohamad, Choon Aik perkukuh gerak kerja PKR'

‘Pelantikan Mohamad, Choon Aik perkukuh gerak kerja PKR’

MOHAMAD Abdul Hamid (kiri) dan Goh Choon Aik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang yang baharu mampu memperkukuh gerak kerja parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

Ketua Cabang PKR Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kedua-dua pemimpin tersebut iaitu Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Goh Choon Aik atas pelantikan berkenaan.

Jelas Fadhlina, pelantikan itu mencerminkan keyakinan parti terhadap kepimpinan Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang serta Choon Aik selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun ketika ini.

“Cabang (PKR) Nibong Tebal memberi sokongan penuh kepada MPN Pulau Pinang dan berharap agar agenda reformasi terus diberi perhatian.

“Usaha untuk membela nasib rakyat juga akan terus dipertingkatkan demi manfaat seluruh masyarakat di Nibong Tebal dan negeri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad yang juga Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MPN Keadilan Pulau Pinang manakala Choon Aik selaku Ketua Cabang PKR Batu Kawan pula merupakan Naib Pengerusi MPN Keadilan bagi negeri itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN