Pelantikan hakim perlu ambil kira integriti, kekananan calon

Pelantikan hakim perlu ambil kira integriti, kekananan calon

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan dan pelantikan hakim terutama bagi jawatan tertinggi badan kehakiman perlu mengambil kira aspek integriti serta kekananan seseorang calon.

Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kriteria ini sangat penting di dalam memastikan sistem kehakiman negara  ditunjangi  mereka yang benar-benar arif dan berpengalaman.

Katanya, apa yang membimbangkan sekiranya terdapat dakwaan bahawa ada antara calon yang masih mempunyai prosiding mahkamah atau laporan polis terhadapnya. 

“Apakah akan jadi kepada kes berkenaan jika hakim tersebut dilantik mengetuai atau mempunyai jawatan utama dalam kehakiman negara?” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut  Zainul Rijal, Perdana Menteri perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong agar melantik hakim-hakim kanan berdasarkan pengalaman dan kekananan.

“Persoalan paling utama ialah siapakah yang akan dilantik menggalas jawatan-jawatan kanan tersebut. Apakah parameter yang digunakan bagi lantikan itu? Buat masa ini tidak ramai yang boleh disenarai pendek untuk lantikan itu. 

“Setelah ditolak Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang akan bersara wajib atau menyelesaikan tempoh lanjutan pada tahun ini, beberapa nama sahaja yang tinggal. Tidak perlulah saya menyebut nama-nama mereka satu persatu,” ujarnya. 

Tambah Zainul RIjal, isu utama yang perlu diperjelaskan kini ialah  ketiadaan lanjutan tempoh bagi Ketua Hakim dan  Presiden Mahkamah Persekutuan.

“Isu ini sebenarnya bukanlah menjadi masalah kerana perlanjutan tempoh tersebut bukanlah dibuat secara automatik. 

“Perlanjutan tempoh dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan antara lain bagi membolehkan penyandang jawatan melupuskan kes-kes yang masih belum selesai. 

“Malah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam suatu wawancara juga menyatakan ketiadaan lanjutan tempoh beliau menjadi Ketua Hakim bukanlah suatu isu. Beliau sangat faham tentang Perlembagaan Persekutuan kerana dulu beliaulah yang memberi tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN