Pelakon Fantastic Four, Julian McMahon meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Fantastic Four, Julian McMahon meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Bintang drama Nip Tuck dan filem Fantastic Four, Julian McMahon meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Menurut CNN, berita duka itu disahkan isterinya, Kelly McMahon menerusi satu kenyataan yang dikongsikan pada Jumaat waktu tempatan.

“Duka cita dimaklumkan bahawa suami saya, Julian McMahon meninggal dunia dalam keadaan tenang selepas bertarung dengan kanser.

“Mendiang menyayangi keluarga dan peminat serta mencinta kerjayanya. Impiannya adalah menggembirakan lebih ramai orang.

“Diharapkan semua pihak dapat memberikan ruang privasi kepada keluarga kami sepanjang tempoh ini,” katanya.

Mendiang, yang dilahirkan di Sydney pada Julai 1968 merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Australia, Billy McMahon.

Julian memulakan karier seninya menerusi drama Home Away sebelum berpindah ke Hollywood dan membintangi drama Another World, Profiler dan Charmed.

Lakonan terkahirnya adalah sebagai Perdana Menteri Australia menerusi drama The Residence yang ditayangkan di Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN