KUANTAN: Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh dua buah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 207.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Kuantan, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah malam itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss di lorong kiri secara tiba-tiba terbabas ke lorong kanan. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, dua buah Ford Ranger…