JOHOR BAHRU: Seorang pelajar tingkatan empat mendakwa dia dan rakannya diculik dan dipukul sekumpulan ahli kongsi gelap hanya kerana menolak untuk menyertai kumpulan mereka. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Alex berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6 petang, kelmarin ketika itu dia dan rakannya sedang berjalan kaki menuju ke rumah selepas selesai bermain badminton. Katanya, mereka didatangi sekumpulan enam lelaki yang menangkap dan memaksa mereka menaiki dua kenderaan berasingan. “Semasa…










