MELAKA: Projek Pelabuhan Darat Melaka (MIP) yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM230.8 juta tidak mengendalikan produk atau bahan berbahaya. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, projek seluas 52.89 hektar atas tanah milik Perbadanan Melaka (MCorp) itu merupakan hub logistik yang selamat dan mampan. Beliau berkata, pembangunan projek tertakluk kepada syarat kebenaran merancang dan mendapat kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). “Operasi pelabuhan ini…










