PUTRAJAYA: Seorang bekas pramugari meraih pengiktirafan ASEAN Records selepas berjaya mengubah suai kediaman terbanyak dalam tempoh sebulan. Michelle Lai, 47, menerusi syarikatnya Auntie Michelle Resources (M) Sdn. Bhd. diiktiraf dalam ASEAN Records apabila berjaya mengubah suai 39 unit kondominium di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari. Pencapaian luar biasa itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah membuktikan bahawa wanita juga mampu mencabar dominasi lelaki dalam dunia binaan, reka bentuk dalaman dan pengurusan hartanah. Mengimbas permulaan kisahnya, Michelle berkata, segalanya bermula selepas dia kehilangan pekerjaan ketika pandemik Covid-19 pada 2020,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya