'Patutlah kelakar, anak buah Didie Alias rupanya' - Utusan Malaysia

‘Patutlah kelakar, anak buah Didie Alias rupanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias menzahirkan ucapan tahniah penuh rasa bangga buat anak buahnya yang juga guru tuisyen popular, Sir Uzairi, sempena majlis perkahwinannya yang berlangsung meriah Sabtu lalu.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Tiktok miliknya, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. @ Ali, 53, memuat naik beberapa keping gambar ketika menghadiri majlis pernikahan anak buahnya bersama suami tercinta, Norisham Ismail.

Didie turut menitipkan doa buat raja sehari itu agar rumah tangga yang dibina sentiasa dirahmati dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah selesai sudah. Tahniah anak buahku, Sir Uzairi kerana sudah berpunya.

“Mak cik doakan semoga Ayie (Sir Uzairi) diberi kebahagiaan bersama Aina hingga ke hujung nyawa. Sayang awak berdua. Selamat datang ke dalam keluarga kami, Aina,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa terkejut apabila baru mengetahui hubungan kekeluargaan antara Didie dan Sir Uzairi yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Beberapa warganet turut mengaitkan sikap kelakar Sir Uzairi dengan Didie Alias selepas mengetahui bahawa mereka sebenarnya mempunyai pertalian darah.

“Lah, Sir Uzairi anak buah dia (Didie) rupanya.

“Plot twist, sedarah rupanya.

“Patutlah Sir Uzairi kelakar, anak buah Didie Alias rupa-rupanya,” tulis pengguna Tiktok.

Untuk rekod, Sir Uzairi atau nama lengkapnya Uzairi Mohd Taib selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Aina Adleen dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN