Pasukan Selangor rangkul juara edisi terakhir Bounce & Bingo

Pasukan Selangor rangkul juara edisi terakhir Bounce & Bingo MR D.I.Y.

PEMENANG Kejohanan Bounce & Bingo 3.0 anjuran Kumpulan MR D.I.Y.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sahabat dari Selangor, Dzul Sharizma dan Wan Mohd Hariz menjuarai edisi terakhir Kejohanan Bounce & Bingo 3.0 anjuran Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi.

Kejohanan unik itu menggabungkan permainan ping pong serta bingo dan menyaksikan penyertaan 15 pasukan dari seluruh negara. 

Pasukan Selangor mengalahkan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak sebelum menewaskan Perak di final dengan catatan masa terpantas 15.12 saat.

Naib juara dimenangi pasukan Perak yang menerima wang tunai RM5,000 manakala pasukan Kelantan di tempat ketiga membawa pulang RM3,000. 

Pasukan lain termasuk dari Johor, Melaka, Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan turut menerima baucar saguhati bernilai RM500.

Sebagai simbolik penutup kejohanan, MR D.I.Y. turut menganjurkan segmen khas Bounce & Bingo Masters yang menghimpunkan pemenang tempat tiga teratas daripada tiga edisi terdahulu.

Pasukan Selangor mendominasi sekali lagi dengan muncul juara dalam edisi Masters, membawa pulang hadiah tambahan RM8,000. 

Pasukan Johor yang pernah menjuarai edisi pertama meraih tempat kedua (RM5,000), manakala Perak di tempat ketiga (RM3,000).

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sambutan hebat yang diterima sepanjang tiga tahun penganjuran membuktikan kejohanan itu berjaya mencipta impak positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan semangat kesukanan, tetapi berjaya menyatukan peserta dari pelbagai latar belakang. Malah, ada yang menjadi kawan baik selepas bertanding,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, walaupun kejohanan ini berjaya mencipta kenangan tersendiri, MR D.I.Y. kini bersedia memperkenalkan lebih banyak inisiatif interaktif yang baharu untuk para pelanggan.

“Fokus kami adalah untuk menjadikan setiap kunjungan ke MR D.I.Y. sebagai pengalaman yang menyeronokkan, bernilai dan bermakna dalam kehidupan seharian pelanggan,” katanya.

Menurutnya, selepas MR D.I.Y. menamatkan siri kejohanan ketiga itu, mereka akan terus meneroka pendekatan baharu dalam mendekati pelanggan menerusi acara yang lebih segar dan menarik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN