PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 1.22 mata kepada 1548.99 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1550.21 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,546.14
Jumlah dagangan sebanyak 5.09 billion unit bernilai RM2.94 billion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 630 berbanding 389 dengan 468 kaunter tidak berubah dan 901 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 23.42 mata atau 0.06 peratus kepada 39,785.90 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.34 peratus kepada 3,116.27 dan Indeks STI Singapura meningkat 0.03 peratus kepada 4,012.32. – UTUSAN