PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.38 mata kepada 1,520.78 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,519.40 pada penutup Selasa, susulan laporan kadar inflasi Jun 2025 yang kekal perlahan pada 1.1 peratus.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,519.48.
Jumlah dagangan sebanyak 157.57 juta unit bernilai RM84.02 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 171 berbanding 120 dengan 262 kaunter tidak berubah dan 1926 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 783.42 mata atau 1.98 peratus kepada 40,558.34 dan indeks STI Singapura naik 0.03 peratus kepada 4,209.26 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.06 peratus kepada 3,172.08. – UTUSAN