Pasaran saham dibuka negatif

Pasaran saham dibuka negatif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 2.46 mata kepada 1547.75 pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,550.21 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1546.14.

Jumlah dagangan sebanyak 117.62 juta unit bernilai RM69.09 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 158 berbanding 122 dengan 225 kaunter tidak berubah dan 1,883 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 35.05 mata atau 0.08 peratus kepada 39,797.83 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.70 peratus kepada 3,096.51 dan Indeks STI Singapura meningkat 0.53 peratus kepada 4,010.77. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN