Pasangan kembar daftar kursus sama

Pasangan kembar daftar kursus sama

PUTERI UMAIRAH Faiezan (kiri) dan Puteri Annisa gembira dapat belajar dan mengikuti kursus yang sama di Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2), Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Hari pendaftaran pelajar baharu di Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2), di sini mencuri perhatian apabila dua pasangan kembar seiras apabila masing-masing memilih kursus dan institusi sama untuk melanjutkan pengajian.

Puteri Umairah dan Puteri Annisa Faiezan serta Fakhrul Nazri dan Fakhrul Nazmi Rizal, masing-masing berusia 18 tahun, mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sijil Teknologi Elektrik bagi pengambilan Sesi 1 2025/2026.

Menurut Puteri Umairah, minat terhadap bidang teknologi elektrik, timbul sejak mereka di sekolah menengah lagi.

Gadis asal Kedah itu berkata, ibu bapa mereka turut menasihati mereka belajar berdikari walaupun berada di kolej yang sama dan menyokong satu sama lain dan bersaing secara sihat.

“Kami memang minat teknologi elektrik. Bila lihat kursus ini ditawarkan di KKS2, kami terus letak sebagai pilihan utama ketika permohonan,” katanya.

Empat pelajar itu merupakan antara 142 pelajar baharu Kolej Komuniti Segamat 2 bagi sesi kali ini. 

Selain itu, turut diadakan ialah sesi taklimat Pengarah bersama ibu bapa, bertujuan memberi penerangan berkenaan sistem pembelajaran, peraturan dan kebajikan pelajar sepanjang pengajian di kolej tersebut.

Fakhrul Nazmi pula berkata, dia dan adiknya yakin keputusan memilih KKS2 sebagai destinasi pengajian adalah langkah terbaik untuk mencapai cita-cita. 

“Kami mahu ubah masa depan dan yakin KKS2 akan bantu kami berkembang,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN