PARLIMEN: Tebus SARA di 4,500 premis perniagaan 

PARLIMEN: Tebus SARA di 4,500 premis perniagaan 

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuka lebih banyak premis perniagaan yang boleh digunakan bagi penerima kredit  Skim Bantuan Bakul Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, setakat ini, bilangan peniaga yang menyertai skim tersebut telah meningkat kepada 4,500 peniaga berbanding hanya 500 ketika awal pengenalan SARA. 

“Pada mulanya, kita hanya membenarkan pembelian beberapa barangan asas menggunakan kredit SARA, tetapi kini lebih 900,000 barangan boleh dibeli.

“Kita juga sedang meneliti cadangan untuk menambah baik skim ini dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff  Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai pemantauan menyeluruh atau pelan libat urus strategik  yang sedang atau akan  dilaksanakan Kementerian Kewangan agar daya saing peniaga kecil tidak terjejas. 

Amir Hamzah berkata,  kerajaan dalam masa yang sama menggalakkan lebih banyak kedai mendaftar di bawah platform MyKasih bagi membolehkan mereka menyertai skim ini dengan mematuhi ketetapan yang ditetapkan.

“Daripada sudut kerajaan, kita ada banyak ruang untuk membantu peniaga kecil dengan memanfaatkan pelbagai skim sedia ada, termasuk pembiayaan di bawah agensi seperti SME Corp. bagi merancang dan mengembangkan perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN