PARLIMEN: Tafrifan kurang jelas dalam pindaan RUU Insolvensi Rentas Sempadan

PARLIMEN: Tafrifan kurang jelas dalam pindaan RUU Insolvensi Rentas Sempadan

Parlimen
Nurul Amin Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Kerajaan diminta memberi penjelasan terhadap takrifan kurang jelas dalam Rang Undang-undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 demi memastikan integriti dan ketelusan sistem perundangan negara.

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berkata, ini termasuk penjelasan terhadap keputusan memberi kuasa Mahkamah untuk menolak pengiktirafan prosiding insolvensi asing jika dilihat bercanggah dengan dasar awam di negara ini.

Katanya, perkara yang terkandung dalam fasal tujuh Rang Undang-undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 itu memberikkan takrifan kurang jelas yang mana ia menjadi kebimbangan meskipun dibuat berpandukan prinsip Undang-Undang Seragam Mengenai Insolvensi Rentas Sempadan (MLCBI) diterima pakai secara global.

“Apakah skop dan batasan tafsiran dasar awam yang dimaksudkan di bawah fasal ini, bagaimana kerajaan memastikan tafsiran ini tidak digunakan tujuan yang kabur atau lebih buruk lagi bagi melindungi kepentingan pihak tertentu.

“Bagaimana ini tidak menjadi penjualan atau pemindahan aset strategik negara kepada entiti asing khususnya dalam situasi pengiktirafan prosiding insolvensi luar mungkin bertentangan dengan dasar kita,” katanya ketika berucap pada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau turut membangkit persoalan timbal balik ‘reciprocity’ dalam perbahasan RUU itu.

Katanya, apakah jaminan negara asing supaya tidak menolak prosiding Mahkamah dengan alasan dasar awam, sekiranya Malaysia secara mudah menolak pengiktirafan prosiding asing dengan sebab yang sama.

Menurutnya situasi tersebut boleh mencemarkan integriti dan ketelusan sistem perundangan negara selain menjejaskan tahap keyakinan dan kepercayaan syarikat asing terhadap institusi kehakiman tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN