PARLIMEN: Pilihan raya proses demokrasi tukar kerajaan - Ahli Parlimen Pas

PARLIMEN: Pilihan raya proses demokrasi tukar kerajaan – Ahli Parlimen Pas

AHMAD MARZUK SHAARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun merupakan proses demokrasi yang sah untuk menukar kerajaan dan bukan satu bentuk pengkhianatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mendawa tindakan menukar kerajaan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam serta menyifatkannya sebagai cubaan menunggang agama demi kepentingan politik.

“Sistem negara kita adalah demokrasi berparlimen. Kita ada pilihan raya setiap lima tahun.

“Maka, menukar kerajaan bukan jenayah, bukan dosa, bukan pengkhianatan. Sebaliknya, itulah bukti rakyat sayang kepada negara dan mahu yang terbaik,” katanya ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, prinsip demokrasi yang menjadi asas sistem negara tidak diputar belit dengan naratif keagamaan yang sempit demi mempertahankan kuasa.

“Saya harap tiada pihak cuba mengelirukan rakyat dengan menjadikan agama sebagai alasan untuk menolak proses demokrasi yang sah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN