Parlimen: Pembangkang persoal status laporan ERC

Parlimen: Pembangkang persoal status laporan ERC

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan status laporan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang telah diserahkan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, laporan dikeluarkan ERC itu mengenai kajian sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada berdasarkan amalan demokrasi maju, pandangan pakar serta pelbagai sesi libat urus.

Katanya, berdasarkan mandat ERC ketika itu telah mengemukakan cadangan pindaan undang-undang dan peraturan, menggubal peraturan baharu serta memperakukan syor-syor penambahbaikan pelaksanaan dan perjalanan pilihan raya bagi memperkukuh demokrasi negara

“Saya difahamkan jawatankuasa tersebut telah menyampaikan laporannya kepada kerajaan sebaik saja tempoh masanya selesai.

“Kini, persoalannya ialah, apakah status laporan jawatankuasa tersebut? Berapa banyak syor telah dikemukakan dan apakah tindakan kerajaan ke atasnya?” katanya dalam sesi perbahasan Laporan Suhakam 2023 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN