PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet sekiranya menerima permohonan perjanjian Amerika Syarikat (AS) berkait pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berhubung pelantikan tersebut seterusnya akan dibuat Kabinet. Katanya, perjanjian dan permohonan masih belum diterima kerajaan daripada AS setakat ini. “Kita masih belum menerima permohonan perjanjian daripada AS. Kita lihat dulu macam mana. “Kerajaan akan memberikan pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet (dan Kabinet) akan memutuskannya,” katanya pada soal jawab lisan di Dewan Rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya