PARLIMEN: Jumlah OKU cecah lebih 750,000 orang

PARLIMEN: Jumlah OKU cecah lebih 750,000 orang

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 751,421 orang kurang upaya (OKU) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 31 Disember 2024 dengan golongan lelaki mencatat jumlah tertinggi iaitu 493,711 orang berbanding wanita seramai 257,710 orang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pendaftaran OKU merangkumi tujuh kategori utama iaitu fizikal, penglihatan, pendengaran, pertuturan, pembelajaran, mental dan pelbagai.

“Tiga kategori tertinggi yang direkodkan ialah OKU pembelajaran (294,257 orang), diikuti OKU fizikal (251,908 orang) dan OKU penglihatan (63,118 orang).

Dari segi agihan negeri, Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi dengan 127,373 orang OKU, diikuti Johor (86,434), Perak (64,801) dan Pulau Pinang (41,540),” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung data berkaitan dengan peratusan pendaftaran lelaki dan wanita OKU mengikut kategori pendengaran, penglihatan, fizikal dan lainlain dan mengikut negeri, etnik dan umur yang telah mendaftar setakat 31 Disember 2024.

Mengulas pecahan mengikut etnik, Nancy berkata, etnik Melayu mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 291,105 orang, diikuti etnik Cina (84,317), India (43,737), lain-lain (46,955), Bumiputera Sabah (25,478) dan Bumiputera Sarawak (14,006).

Berdasarkan umur, sebanyak 203,333 orang OKU berdaftar adalah berumur 18 tahun dan ke bawah, manakala 387,214 orang berumur antara 19 hingga 59 tahun dan 160,874 orang lagi berusia 60 tahun dan ke atas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN