KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,967 kandungan berunsur 3R (agama, raja dan kaum) dikenal pasti dan dilaporkan kepada platform digital untuk tindakan penurunan bagi tempoh 2023 hingga Julai 2025. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7,673 kandungan berjaya diturunkan hasil kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penyedia platform. Katanya, pendekatan itu dilaksanakan meskipun kementeriannya tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan secara langsung terhadap…










