Panggilan ‘Datin’ tidak sesuai dengan muka kau - Monolog Nabila Huda curi perhatian - Utusan Malaysia

Panggilan ‘Datin’ tidak sesuai dengan muka kau – Monolog Nabila Huda curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nabila Huda, mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video memaparkan dirinya melakukan sesi monolog karakter baharu yang sedang menyindir seorang individu bergelar Datin.

Dalam latihan monolog tersebut, Nabila yang mesra dipanggil Abil berharap agar wanita tersebut berhenti melakukan tindakan yang boleh memalukan nama baik keluarga.

“Aku rasa kau dah boleh behenti buat benda bodoh ini. Berhentilah memalukan keluarga, suami tercinta. Sedarlah diri itu pelacur berstatuskan datin, kau ingat besar sangat?

“Aku pernah cakap, satu Malaysia tidak sukakan kau. Boleh keluar daripada negara ini sebab tiada orang suka kau. Sebab perangai kau yang tak pernah berubah,” ucapnya dalam video latihan tersebut.

Pelakon Bisikan Syaitan itu juga mengingatkan individu tersebut untuk sedar diri selain menegur sikapnya yang tidak boleh menerima pendapat orang lain.

“Kau tengoklah apa kau buat sekarang, hanya sebab orang lain tak boleh bagi pendapat. Semua nak kena ikut cara hidup kau, pergi mampus.

“Banyak kali aku pesan jangan sampai orang cari siapa diri kau yang sebenar. Aku tak cakap nama, jadi berhentilah terasa aku cakap fasal kau, hentikanlah semua drama.

“Aku tak rasa panggilan datin sesuai dengan muka kau. Ingat karma, apa kau buat akan datang balik,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, kata Nabila, video itu dimuat naik sebagai latihan mendalami karakter terbaharu untuk tawaran lakonan akan datang.

Mengintai ruangan komen, rata-rata menyukai monolog tersebut selain menyifatkan ia layak untuk mendapat penghargaan Anugerah Akademi (Oscar).

“Terkejut pagi-pagi dimulakan dengan monolog ini,” tulis satu komen.

“Nada ‘pergi mampus’ sangat dinamik, ada beberapa lapisan di siti, wow,” respons pelakon, Remy Ishak.

“Hebat, layak menang Oscar,” kata satu peminat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN