Orang tempatan dipercayai dalang curi gaharu

Orang tempatan dipercayai dalang curi gaharu

RAZALI Idris ( dua dari kiri) melawat reruai pada Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia 2025 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. .- UTUSAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Kerajaan negeri kesal dengan penglibatan segelintir rakyat tempatan yang disyaki menjadi dalang sindiket pencerobohan dan kecurian kayu gaharu di Taman Negeri Kenyir di Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hasil maklumat risikan mendapati, penceroboh warga asing yang ditahan baru-baru ini dipercayai bertindak mengikut arahan ‘kartel’ tempatan melalui komunikasi ketika berada di dalam hutan.

“Siasatan mendapati kegiatan mereka dirancang secara teliti dan dilengkapi peralatan komunikasi canggih. Kita percaya terdapat rakyat tempatan yang menjadi pengantara dan dalang kepada pencerobohan ini.

“Kerajaan negeri amat kesal kerana ada dalam kalangan rakyat sendiri yang sanggup bersekongkol demi keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan kepada khazanah negeri,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Renjer Sedunia di Wisma Darul Iman, di sini.

Razali berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak  berkuasa bagi menjejaki individu yang dikenal pasti terbabit, dan tindakan tegas akan diambil bagi membanteras kegiatan yang mengancam ekosistem negeri itu.

“Taman Negeri Kenyir merupakan kawasan tadahan air yang kritikal. Kecurian gaharu ini bukan sahaja menjejaskan kelestarian alam, malah boleh menyebabkan kerosakan ekologi jangka panjang,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN