Op Metal: Siasatan masih berjalan, SPRM rakam percakapan 32 individu

Op Metal: Siasatan masih berjalan, SPRM rakam percakapan 32 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 32 individu setakat ini dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan besi buruk dan e-waste di lima negeri.

Menurut sumber, SPRM masih menjalankan siasatan lanjut bagi elemen rasuah di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM.

“SPRM telah mengambil keterangan seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan tersebut.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah sitaan dan pembekuan akaun kini adalah sebanyak lebih RM332 juta.

Media sebelum ini melaporkan seludup keluar besi buruk untuk dieksport dengan diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain yang tidak dikenakan cukai eksport sebanyak 15 peratus sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Malah ahli perniagaan bergelar Datuk Seri terbabit antara individu disiasat SPRM kerana terbabit seludup keluar besi buruk untuk dieksport dengan diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain yang tidak dikenakan cukai eksport 15 peratus sebagaimana ditetapkan kerajaan.

Kegiatannya terbongkar selepas SPRM menyerbu lima negeri terbabit sindiket penyeludupan besi buruk yang menyebabkan negara mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta sejak enam tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN