OCBC turunkan kadar asas sebanyak 25 mata asas selaras OPR

OCBC turunkan kadar asas sebanyak 25 mata asas selaras OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: OCBC Bank (Malaysia) Bhd. menurunkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR), kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 15 Julai 2025.

Penurunan tersebut susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus baru-baru ini.

Bank itu berkata, kadar SBR akan dikurangkan daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus, manakala BR diturunkan daripada 3.83 peratus kepada 3.58 peratus.

Menurutnya, kadar BLR dan BFR pula masing-masing diturunkan daripada 6.76 peratus kepada 6.51 peratus.

“Kesemua kadar pinjaman dan pembiayaan yang dikaitkan dengan SBR, BR, BLR dan BFR akan diturunkan pada kadar yang sama,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, OCBC berkata, semua kadar deposit tetap konvensional dan deposit berjangka Islam di bawah papan kadar OCBC juga akan dikurangkan sebanyak 25 mata asas pada tarikh yang sama.

OCBC Malaysia merangkumi OCBC Bank (Malaysia) Bhd. dan anak syarikatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN