Nilai Hasil Ternakan di Pulau Pinang meningkat - Kon Yeow

Nilai Hasil Ternakan di Pulau Pinang meningkat – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (dua dari kanan) pada Majlis Penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Pulau Pinang di MARDI Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Nilai Hasil Ternakan (NHT) di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan ketara tahun lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,906.18 juta, meningkat RM41.54 juta berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, komoditi ayam dan itik terus menjadi penyumbang terbesar kepada nilai tersebut, merangkumi 91.75 peratus keseluruhan hasil menerusi pengeluaran daging dan telur.

“Bagi industri ternakan yang mandiri seperti unggas dan khinzir, pelaksanaan Enakmen Penternakan Negeri adalah langkah penting ke arah transformasi penternakan berskala komersial dan moden.

“Penggunaan kandang tertutup juga telah membantu meningkatkan kuantiti serta kualiti pengeluaran, sekali gus menjadikan industri ini lebih mampan dan mesra alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Pulau Pinang di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, hari ini.

Dalam usaha memperkukuh industri ruminan seperti lembu dan kambing pula, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri terus komited untuk memberi sokongan melalui pelaksanaan Projek Pembangunan Industri Ternakan bagi membantu penternak kecil dan tradisional.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga giat melaksanakan program pencegahan, pengawalan dan pembasmian penyakit ternakan termasuk penyakit zoonotik bagi memastikan keselamatan makanan serta kesihatan awam.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut menyeru agar lebih ramai golongan muda menyokong usaha memperkenalkan teknologi moden dalam sektor agro makanan ini.

“Teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), digitalisasi maklumat, mekanisasi dan automasi perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil dan keterjaminan makanan negeri selaras dengan IR4.0,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN