KUALA TERENGGANU: Tiada ruang bagi individu yang berselindung di sebalik perniagaan kosmetik dan jualan dalam talian untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah kerana kegiatan seperti itu sentiasa dipantau polis. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, polis tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menjadikan perniagaan sebagai ‘topeng’ untuk kegiatan haram berkenaan. Katanya, hasil risikan mendapati, ada peniaga menggunakan platform dalam talian sebagai helah mengaburi kegiatan mereka. “Jangan ingat kita tidak…











