Negeri Sembilan cadang perketat larangan minum arak di tempat awam

Negeri Sembilan cadang perketat larangan minum arak di tempat awam

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk memperketatkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk berkaitan kadar kompaun bagi menangani isu aktiviti meminum minuman keras di tempat awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah perlu diambil selepas kerajaan negeri sering berdepan aduan apabila kawasan awam seperti taman rekreasi. taman permainan kanak-kanak dan pantai yang dijadikan lokasi untuk aktiviti berkenaan.

“Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang aktiviti minum arak di tempat awam. Kita tidak mahu kawasan yang sepatutnya menjadi ruang rekreasi keluarga dicemari dengan tingkah laku tidak bermoral.

“Aktiviti tersebut kebiasaannya berlaku pada waktu malam dan sering meninggalkan kesan seperti botol-botol kosong serta kekotoran menyebabkan rungutan penduduk.

“Sebelum ini kita hanya beri nasihat, tetapi kali ini kita akan kenakan tindakan serta-merta termasuk kompaun RM2,000 dikenakan. Ada peruntukan undang-undang, dan kita akan kuat kuasakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah tegas itu adalah sejajar dengan usaha menjaga ketenteraman awam dan menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Sementara itu, Aminuddin berkata, keputusan mengenai penguatkuasaaan terhadap lpenggunaan rokok elektronik atau vape akan dijawab dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN