PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha yang dikatakan sudah berbadan dua belum bersedia berkongsi atau mengesahkan berita gembira itu buat masa ini.
Khabar angin itu timbul apabila peminat mendakwa seakan melihat ‘baby bump’ ketika aktres jelita itu menghadiri acara Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), baru-baru ini.
“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin berita gembira tak lama lagi.
“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi,” katanya ringkas.
Saleha ditemui Utusan Malaysia semasa lawatan media di lokasi penggambaran drama Bad Cop, Wisma Mofaz pada Rabu.
Terus bermain tarik tali, pemegang trofi Bintang Terbaik Asia, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 itu bagaimanapun memberi bayangan bakal bercuti panjang selepas menjayakan penggambaran Bad Cop.
“Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini merupakan projek terakhir saya sebelum rehat.
“Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun,” ceritanya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Saleha menyarungkan busana berwarna hitam ketika menghadiri sebuah acara filem.
Para peminat mendakwa ada melihat ‘baby bump’ sekali gus mencertuskan spekulasi pelakon itu sudah berbadan dua.
Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.
Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 dan bercerai selepas empat tahun. – UTUSAN