Mudah teracun di TikTok, Izara Aishah dedah sisi lucu Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Mudah teracun di TikTok, Izara Aishah dedah sisi lucu Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dia sebenarnya bukan tengok live sangat di TikTok. Dia suka membeli.”

Demikian kata pelakon dan usahawan, Izara Aishah ketika mendedahkan sisi lucu ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mudah terpengaruh ketika menonton sesi siaran langsung di TikTok.

Kata Izara, Biduanita Negara itu kerap membeli barangan yang kurang berfaedah di aplikasi tersebut.

“Semua barang-barang merepek dia beli. Stokin, pemutih ketiak, semualah yang mengarut. Dia cepat teracun.

“Kalau mahu racun orang, Mak Iti itu senang sangat nak suruh dia beli barang mengarut. Dia tengah ‘scroll’ untuk membeli sebenarnya. Saya bocorkan rahsia,” usiknya ketika sibuk mempromosikan tudung keluarannya.

Segan dengan pendedahan tersebut, penyanyi lagu Cindai itu sempat berseloroh supaya Izara tidak membongkar rahsianya pada umum.

“Jangan cerita dekat orang,” katanya di ruangan komen sesi siaran langsung tersebut.

Terhibur melihat gelagat usik-mengusik dua beranak itu, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons yang rata-ratanya menganggap perkara itu adalah normal dalam kalangan kaum ibu.

Malah, ada yang menganggap setiap barangan tidak berfaedah yang dibeli oleh penyanyi tersohor itu sekadar untuk membantu peniaga di platform berkenaan.

“Semua mak memang macam itu. Jangan kan Mak Iti, mak aku dengan aku sekali mudah teracun mungkin sindrom para ibu,” kata seorang netizen.

“Lumrah wanita rupanya suka membeli. Jadi aku teruskan hobi suka membeli,” komen seorang pengguna media sosial.

“Mak Iti tu sebenarnya mahu sokong orang berniaga,” kata peminatnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN