MMA gesa mansuh sistem kontrak, lantik doktor tetap

MMA gesa mansuh sistem kontrak, lantik doktor tetap

Sehingga kini terdapat 1,100 kekosongan jawatan pegawai perubatan di seluruh negeri Sarawak untuk diisi.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan memansuhkan sistem kontrak bagi doktor baharu dan mengembalikan dasar pelantikan tetap untuk menjamin masa depan profesion perubatan di negara ini.

Presidennya, Datuk Dr. Kal­win­der Singh Khaira berkata, sistem kontrak yang diperkenalkan lebih sedekad lalu sudah tidak relevan memandangkan jumlah graduan perubatan kini menurun secara drastik.

Katanya, pelantikan secara tetap mampu memberikan jaminan kerjaya serta menghapuskan ketidaktentuan akibat struktur kontrak sedia ada yang membebankan iaitu 3+2+2+4 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini juga akan menggalakkan pelajar dan ibu bapa untuk kembali melihat bidang perubatan sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

MMA turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menye­dia­kan laluan kerjaya lebih jelas dan terbuka kepada doktor muda untuk melanjutkan pengkhususan serta berkembang dalam sistem kesihatan awam.

Katanya, selepas KKM diiktiraf sebagai penyedia latihan di bawah pindaan Akta Perubatan, KKM perlu memainkan peranan utama dalam melatih doktor di seluruh hospital kerajaan.

ADS:D

“Ini membolehkan doktor ke­kal dan menjalani latihan di tempat mereka ditugaskan tanpa perlu risau soal pertukaran atau penempatan semula.

“Ia juga akan membantu me­ningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Kekurangan pakar kini berada di tahap serius dan hanya dapat diatasi jika peluang latihan ditambah dan dipermudahkan,” katanya.

Kalwinder berkata, KKM perlu segera menunaikan janji menaikkan kadar elaun tunggu sedia (on-call) yang telah tertangguh, sejak tahun lalu.

Beliau berkata, elaun semasa yang diterima para doktor tidak setimpal dengan pengorbanan dan beban kerja mereka yang menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan negara.

“Kerajaan perlu sedar usaha mengekalkan tenaga kerja kesihatan memerlukan peruntukan kos yang sewajarnya.

“Satu peruntukan khas perlu disediakan untuk emolumen serta elaun on-call doktor dan jururawat yang berkhidmat tanpa mengira masa demi menjaga kesihatan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN