Mengurat? Mungkin Harissa Adlynn salah faham - Utusan Malaysia

Mengurat? Mungkin Harissa Adlynn salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga perasan, kebelakangan ini pelakon muda, Harissa Adlyn, tiba-tiba muncul dengan beberapa siri gosip melibatkan hal dalam industri seni. Sebelum ini tidak begitu pula, malah orang macam tidak perasan pun kehadiran Harissa sebagai pelakon.

Maksud Cik Bunga, tidak semualah yang mengenali dia, bukan menidakkan dia ini sebagai seorang pelakon.

Dalam beberapa kisah yang Cik Bunga dengar, sampai ke telinga kita mengenai satu hal yang tidak menarik.

Kononnya, pelakon berwajah manis ini ada menyuruh sebuah pihak produksi supaya menegur seorang pelakon lelaki di set penggambaran.

Kononnya, Harissa beritahu yang aktor lelaki itu cuba menguratnya. Walhal, perkara itu tidak berlaku begitu pun.

Kata orang produksi, sepengetahuan mereka, pelakon lelaki tersebut bukan jenis suka buat perangai begitu.

Memang dia baik sahaja dengan semua orang di set dan kebaikan yang dilakukannya itu tidak membawa maksud yang dia hendak cuba mengurat pelakon wanita tersebut.

Pelik juga Cik Bunga sebab perkara ini seakan tiba-tiba sahaja terjadi. Harissa mungkin tersalah faham dengan tindakan pelakon lelaki itu agaknya. Bagi Cik Bunga, tidak semestinya seseorang itu berbuat baik maka dia umpama ada agenda tersendiri atau bak kata orang, ada udang di sebalik batu.

Kalau memang sikapnya sudah begitu sejak azali, bagus apa? Bermakna dia cuma menjadi diri sendiri.

Tapi itulah, tidak dinafikan, tidak semua orang boleh terima dengan mudah. Hendak dimarah pun tidak boleh, benda ini subjektif. Tapi Cik Bunga harap salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN