Menara KL disinari cahaya biru sempena Minggu Perpaduan 2025

Menara KL disinari cahaya biru sempena Minggu Perpaduan 2025

MENARA KUALA LUMPUR- FACEBOOK MENARA KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menara Kuala Lumpur akan disinari dengan cahaya biru pada 18 dan 19 Julai ini sebagai tanda sokongan terhadap Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cahaya biru yang menerangi mercu tanda ikonik negara itu melambangkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. 

“Simbolik cahaya berwarna biru di Menara Kuala Lumpur menandakan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia. KPN menghargai sokongan Menara Kuala Lumpur sebagai rakan strategik dalam mempromosikan Minggu Perpaduan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd. selaku pengendali Menara Kuala Lumpur, Khairil Faizal Othman berkata, pihaknya komited menyokong usaha KPN dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Dengan menerangi Menara Kuala Lumpur, kami ingin menyampaikan mesej bahawa perpaduan adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan anjuran KPN yang bertujuan memperkukuh semangat perpaduan serta penghayatan terhadap kepelbagaian budaya di negara ini.

Bagi tahun 2025, sambutan berlangsung di Pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dari 17 hingga 20 Julai, dengan pelbagai aktiviti dan program dirancang untuk melibatkan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN