PETALING JAYA: Tiada unsur jenayah ditemukan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Taman Bukit Kuchai, Puchong dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, identiti mangsa sudah dikenal pasti dan proses bedah siasat telah dijalankan semalam, namun punca kematian belum diperoleh. “Ujian saringan yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol, amphetamine dan methamphetamine. “Siasatan diteruskan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam…










