Maxim dibenarkan terus operasi, patuh syarat APAD

Maxim dibenarkan terus operasi, patuh syarat APAD

MAXIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxim, penyedia perkhidmatan e-hailing global mengesahkan akan meneruskan operasinya di seluruh Malaysia selepas menerima keputusan daripada  Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), tertakhluk terma dan syarat agensi berkenaan. 

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, pihaknya akan memastikan penyediaan perkhidmatan mengikuti garis panduan APAD dan boleh dipercayai selaras dengan keperluan yang ditetapkan. 

“Maxim kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berterusan, mematuhi segala peraturan dan mengekalkan standard tertinggi. 

“Ini merupakan langkah penting ke hadapan dalam usaha kami menyumbang kepada pembangunan sektor pengangkutan dan ekonomi digital Malaysia dengan penekanan terhadap operasi yang bertanggungjawab serta penciptaan nilai jangka panjang kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Maxim telah memastikan semua rakan-pemandu aktif memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) yang sah, selain memberi menawarkan perlindungan insurans melalui rakan kongsi syarikat. 

Katanya, langkah itu mencerminkan dedikasi Maxim dalam menegakkan pematuhan undang-undang, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mempromosikan persekitaran e-hailing yang selamat dan profesional di seluruh negara.

“Maxim akan terus mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakan-pemandu serta pelanggan dengan menyediakan platform yang fleksibel, sama ada membuat kerja sepenuh masa atau sambilan, terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang liputan,” katanya. 

Selain itu, syarikat e-hailing itu turut melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk program-program berkaitan kebajikan awam dan kesedaran keselamatan jalan raya. 

Katanya, syarikat itu juga membuat pelaburan dalam penyelesaian mobiliti berasaskan teknologi pintar bagi meningkatkan akses, kecekapan dan kemampuan, sekali gus  menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

“Usaha-usaha ini menyokong matlamat negara untuk memperkukuh inovasi, mewujudkan peluang pekerjaan digital dan menuju ke arah masa depan yang lebih inklusif dan saling berhubung,” katanya. 

Maxim berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan APAD dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan persekitaran pengangkutan yang cekap dan selamat serta boleh dipercayai oleh semua rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN