Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha, 41, tidak menganggap dirinya sempurna meskipun dia kini sudah memakai hijab.

Kata Fasha, hal demikian kerana dia merasakan masih mempunyai banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

“Saya ini masih memiliki banyak kelemahan. Itu yang akan saya katakan kepada mereka yang puji saya bertudung.

“Kalau orang bertanya mengenai perkara ini, saya akan kata masih saya masih memperbetulkan banyak perkara,” katanya.

Fasha berkata demikian pada malam tayangan khas filem Citra Apartment, baru-baru ini.

Isteri pelakon Aidil Aziz itu awal tahun ini mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi beberapa foto dia berhijab.

Perkongsian tersebut menerima respons positif dengan ada yang mendoakan agar Fasha istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

Dalam masa yang sama, Fasha juga mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mengulas mengenai penghijrahannya tersebut.

“Ini adalah prinsip yang saya pegang sejak hari pertama saya memakai tudung. Saya memang tak akan bercakap banyak apabila ditanya mengenainya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN