Mangsa kemalangan baru tiba dari Lombok - Konsul Jeneral

Mangsa kemalangan baru tiba dari Lombok – Konsul Jeneral

KEADAAN bas persiaran yang melanggar sebuah lori tangki yang sedang ditunda akibat rosak di Kilometer 80.7 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) di Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seramai 45 mangsa kemalangan bas persiaran dengan sebuah lori tangki dan trak penunda di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) tengah malam tadi, baru tiba dari Lombok, Indonesia.

Konsul Jenderal Indonesia di Johor Bahru, Jati Heri Winarto berkata, seramai 55 pekerja warga Indonesia tiba pukul 9 malam tadi sebelum bergerak dengan bas dan sebuah van dinaiki 10 pekerja.

Akibat kemalangan itu, dua mangsa, Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, disahkan maut di tempat kejadian serta seorang lagi mangsa, Nusiah, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

“Seramai 14 pekerja lain yang cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital sama telah dibenarkan keluar dan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru,” katanya ditemui di HSNI, di sini hari ini.

Menurut Jati Heri, hingga pukul 2.30 petang tadi,  jenazah dua mangsa masih menjalani proses bedah siasat dan akan dihantar pulang ke Lombok.

“Pihak konsulat akan berbincang dengan pemerintah di negara ini untuk mendapatkan insurans dan pampasan termasuk daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). 

“Kita dimaklumkan ada daripada mereka, terutama yang menaiki van dalam proses untuk memulakan kerja manakala yang menaiki bas dan terselamat kita memberikan masa untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, bas persiaran yang membawa pekerja ladang dalam perjalanan ke Ulu Tiram, melanggar sebuah lori tangki yang rosak dan sedang ditarik.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada pukul 12.27 tengah malam apabila bas dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun itu, hilang kawasan dan melanggar sisi lori tangki berkenaan.

“Akibatnya, dua penumpang lelaki berusia 43 dan 44 tersepit, cedera parah dan disahkan meninggal dunia. Seorang penumpang wanita berusia 43 tahun turut parah di dada, kepala dan kaki. 

“Pemandu bas pula cedera di bahu, tulang rusuk dan tangan. Lima penumpang turut mengadu cedera di kepala, sementara pemandu lori tangki, trak penunda dan penumpang selebihnya tidak cedera,” katanya dalam kenyataan 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN