WELLINGTON, NEW ZEALAND: Malaysia menyatakan kesediaan menjadi hab produk halal dari New Zealand bagi tujuan pengedaran dan pemasarandi pasaran Asia Tenggara. Bagi merealisasikan hasrat itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengajak pemain industri halal negara itu menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada September ini bagi mengintai peluang pasaran ASEAN. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) berkata, pendekatan lain yang diambil…