ISTANBUL, Turkiye: Malaysia menetapkan sasaran agar Turkiye melaksanakan pemindahan teknologi pertahanan dalam beberapa bidang menerusi kerjasama perolehan yang dibuat dengan republik berkenaan sebelum akhir tahun ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbincangan mengenai perkara itu dibuat ketika pertemuannya dengan Presiden Sekretariat Industri Pertahanan (SSB), Prof. Dr. Haluk Görgün semasa Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2025 hari ini. Menurut beliau, pemindahan teknologi itu disifatkan sebagai penting dalam usaha membangunkan industri pertahanan yang diterajui oleh syarikat-syarikat tempatan dalam beberapa bidang. Katanya, bidang-bidang tersebut antaranya merangkumi Combat Management System selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya