Malaysia kuat kuasa larang pindah minyak haram antara kapal

Malaysia kuat kuasa larang pindah minyak antara kapal

MOHAMAD Hasan bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-15, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap peraturan berkaitan aktiviti pemindahan minyak mentah secara haram ship to ship transfer atau kapal antara kapal di perairan negara bermula bulan ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia bertindak tegas terhadap mana-mana kapal yang dikesan melakukan aktiviti haram termasuk menyita dan mengenakan denda terhadap kapal terbabit.

“Kita selalu dituduh memudahkan aktiviti ‘ship to ship transfer’ dan ada yang berlaku di kawasan yang memang dalam sempadan perairan kita. Jadi sekarang, kita akan kuatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat.

“Kita tidak mahu lagi dituduh sebagai negara yang memudahkan aktiviti seperti ini.

“Kita akan pertahankan perairan kita supaya aktiviti sebegini dapat dicegah,” katanya pada sidang media penutup selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AAM) ke-58 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan penguatkuasaan ini akan bermula pada bulan ini selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

“Ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Bulan Julai ini juga. Keputusan Kabinet sudah pun dibuat,” katanya.

Mohamad turut mengakui bahawa langkah ini mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak.

“Walau apapun, kita tetap akan laksanakannya,” katanya.

Terdahulu, sidang bilateral Mesyuarat AMM ke-58, Malaysia turut menegaskan komitmen memperketat penguatkuasaan terhadap aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan negara bagi menjamin keselamatan pelayaran dan kedaulatan maritim.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN